Header Ads


Itenari Umrah

PENERBANGAN ETIHAD

HARI 01 :   KLIA / Abu Dhabi

Berkumpul di KLIA 4 jam (3.00 petang) sebelum waktu berlepas di Aras 5, Kaunter J. Penerbangan dijangka akan bertolak jam 7.20 malam dengan pesawat EY411 dan terus ke Abu Dhabi, setibanya di Abu Dhabi pada jam 11.05 malam.

Lapangan Terbang Abu Dhabi
HARI 02 :  Abu Dhabi /Jeddah/ Madinah
Jemaah terus ke kaunter transit untuk penerbangan ke Jeddah pada jam 2.20 pagi. Pesawat dijangka tiba di Jeddah pada jam 4.05 pagi. Jemaah akan disambut oleh wakil kami yang menunggu di lapangan terbang. Setelah urusan formaliti di lapangan terbang selesai, Jemaah bertolak ke Madinah dengan menaiki bas, perjalanan mengambil masa sekitar 5 jam. Setelah tiba di Madinah, Jemaah akan terus mendaftar masuk ke hotel selepas waktu Zohor/Asar pada jam 2.00 petang dan berehat (Jemaah boleh ke masjid atau melakukan acara sendiri).

Masjid Al Nabawi
HARI 03 : Madinah
Setelah sarapan pagi, Jemaah akan dibawa menziarahi (bahagian dalaman) Masjid Nabawi seperti Makam Rasulullah, Khalifah Abu Bakar, Sayidinna Umar, Raudhah dan perkuburan Baqi’ (bagi lawatan wanita berasingan). Selepas sembahyang Asar, Jemaah akan dibawa bersama untuk program Jalan-Jalan Cari Iman di sekitar kawasan Masjid Nabawi.

Masjid 2 Kiblat

HARI 04 : Madinah
Setelah sarapan pagi, pada pukul 7.00 pagi jemaah akan dibawa melawat (ziarah luar) kawasan di sekitar Madinah seperti Masjid Quba, Jabal-Uhud, Masjid Dua Kiblat, Medan Perang Khandak serta berbelanja di Pasar Tamar.

HARI 05 : Madinah / Makkah   (Umrah bersama Pembimbing)
Jemaah akan berangkat ke Makkah Al-Mukarramah pada pukul 2.00 petang selepas Zohor, dengan berihram dan bermiqat di Bir Ali sebelum ke Makkah. Setibanya di Makkah, jemaah akan dibawa ke hotel untuk mendaftar masuk dan menyempurnakan ibadah umrah yang pertama.

HARI 06 : Makkah                       
Acara bebas. Jemaah boleh melakukan ibadah umrah dengan sendiri.
Jabal Nur

HARI 07  : Makkah
Pada pukul 7.00 pagi Jemaah akan dibawa melawat kawasan bersejarah di sekitar Makkah seperti Jabal Nur, Jabal Thur, Arafah, Muzdalifah, Mina dan akhirnya berniat umrah di Jaaranah.

HARI 08 :  Makkah                       
Acara bebas. Jemaah boleh melakukan ibadah umrah dengan sendiri.

HARI 09 :  Makkah
Pada pukul 7.00 pagi jemaah akan dibawa melawat ke Muzium Kaabah (tertakluk kepada kebenaran pihak berkuasa), ladang unta dan akhirnya berniat umrah di Hudaibiyah.

HARI 10-11  :  Makkah-Jeddah
Acara bebas. Jemaah boleh melakukan ibadah umrah dengan sendiri.

HARI 12  :  Jeddah / Abu Dhabi
Selepas sembahyang subuh, Jemaah melakukan Tawaf Widaq (tawaf selamat tinggal) sebelum bertolak ke Jeddah pada pukul 10.00 pagi untuk penerbangan balik ke Kuala Lumpur dengan pesawat EY312 pada jam 5.25 petang dan dijangka tiba di Abu Dhabi pada jam 9.00 malam, setibanya di Abu Dhabi Jemaah ke kaunter transit dan akan berlepas ke Kuala Lumpur dengan pesawat EY418 pada jam 2.20 pagi.

HARI 13 :  KUL

Pesawat dijangka tiba di KLIA pada jam 1.50 petang.
Powered by Blogger.