Header Ads


Biodata


MEJAR (B) HAJI MOHD ABDUL WAHAB BIN ABDULLAH anak kelahiran Negeri Selangor Darul Ehsan dan mempunyai sejarah rantaian keluarga yang berasal dari Kelantan Darul Naim. Kini menetap di Bukit Sentosa (Bukit Beruntung) dalam daerah Hulu Selangor. Bersama pasangan hidup Lafisah binti Mohd Nor, telah dikurniakan enam orang cahaya mata yang membahagiakan.


KELULUSAN AKADEMIK


  • SARJANA MUDA PENTADBIRAN PERNIAGAAN (KEPUJIAN) – (UNITAR)
  • DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM (SYARIAH) - UNISZA


PENGALAMAN KERJAYA
  

(JANUARI 1987 HINGGA OGOS 1987)
Guru Sandaran Sekolah Kebangsaan Limau Kasturi, Gua Musang, Kelantan.

(OGOS 1987 HINGGA MAC 2013)
Pegawai Kor Agama Angkatan Tentera, Kementerian Pertahanan, Kuala Lumpur.

(MAC 2013 HINGGA SEKARANG)
Pengarah Urusan / Perunding Motivasi di HAQQ Training and Services (kini dikenali sebagai HAQQ MANAGEMENT).

(MAC 2013 HINGGA MAC 2014)
Director (Operation) di Syarikat Brisbane Capital Investment (BCI) Level 18, 123 Eagle St, QLD 4000 Brisbane, Australia

(MAC 2014 HINGGA SEKARANG)

Pengarah Urusan
KAWAN MULIA HOLDINGS SDN BHD
KAWAN MULIA PROPERTIES SDN BHD
KAWAN INTERNATIONAL TRAVEL SDN BHD
Di Level 13A-09, Plaza Azalea Persiaran Bandaraya, Seksyen 1440100 SHAH ALAM, Selangor

(01 JANUARI 2015 HINGGA SEKARANG)
Penolong Pendaftar Perkahwinan Bagi Kariah Bukit Sentosa 2.

(01 NOVEMBER 2016 HINGGA SEKARANG)
Pesuruhjaya Sumpah

(01 OKTOBER 2016 HINGGA SEKARANG)
Pengurus Cawangan Juara Travel & Tours Sdn Bhd (Bukit Beruntung)

TERKINI
Pemilik Syarikat Vital Management dan Pengerusi Program BB Train Run (National Event)


PENGLIBATAN DALAM BIDANG PROFESIONAL 

Ahli Tim Makmal Penguatkuasaan Ajaran Sesat Malaysia mewakili Perisikan ATM (Peringkat Kebangsaan) – 2011 dan 2012


SENARAI PENGALAMAN, PENCAPAIAN DAN KECEMERLANGAN 

PERKHIDMATAN TERAS
1. Telah menjawat pelbagai jawatan di 12 formasi dan pasukan di dalam Angkatan Tentera Malaysia seperti:

  • Pegawai Agama Batalion Ke-10 Rejimen Askar Melayu Diraja (Terengganu)
  • Pegawai Agama Batalion Ke-25 Rejimen Askar Melayu Diraja (Perak)
  • Pegawai Agama 71 Kumpulan Ordnans Divisyen (Sarawak)
  • Pegawai Penyelidik Jabatan Arah KAGAT (Kuala Lumpur)
  • Pegawai Agama Batalion Ke-20 Rejimen Askar Melayu Diraja (Sarawak)
  • Pegawai Agama Kanan KD Malaya (Pangkalan TLDM Lumut, Perak)
  • Pegawai Staf 3 Agama Markas Medan Tentera Darat (Kuala Lumpur)
  • Pegawai Agama Rejimen Ke-4 Kor Polis Tentera Diraja (Selangor)
  • Ketua Troop Troposcater, Rejimen Perhubungan Strategik (Selangor)
  • Unit Perang Saraf dan Gerak Saraf, Cawangan Perisikan Markas Tentera Darat (Kuala Lumpur)
  • Timbalan Pengarah Media kepada YB Menteri Pertahanan, Pejabat Menteri Pertahanan (Kuala Lumpur)
  • Pegawai Staf 2 Penulisan kepada Panglima Tentera Darat di Pejabat Panglima Tentera Darat (Kuala Lumpur)
2. Terlibat secara langsung dalam kajian pengharaman arak di dalam ATM pada tahun 1996.

3. Terlibat secara langsung dalam kajian keberkesanan Dasar Pembinaan Mental dan Kerohanian Islam ATM (Perintah Majlis Angkatan Tentera 1991) pada tahun 1995 dan 2001.

4. Menjadi Pegawai Pengendali Masjid di pasukan-pasukan yang mempunyai masjid/surau jumaat seperti:

  • Masjid Sri Pantai, Kuala Terengganu.
  • Surau Darul Ridzwan, Kem Sri Miri, Sarawak.
  • Masjid An-Nur, Pangkalan TLDM Lumut, Perak.
5. Terlibat di dalam nukleus penubuhan Insititut Latihan dan Kefahaman Islam ATM (ILMI) pada tahun 1999.
6. Dilantik menjawat jawatan PS 2 Gerak Saraf dan Perang Saraf di Cawangan Perisikan, Markas Tentera Darat semenjak 2011.

7. Dipinjamkan ke Pejabat Menteri Pertahanan untuk membuat tugas Penolong Pengarah Media kepada Menteri Pertahanan pada tahun 2013.

8. Diberi kepercayaan menjadi Pegawai Penulisan kepada Panglima Tentera Darat sebagai jawatan terakhir dalam perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia.


BIDANG DAKWAH

1. Penceramah jemputan di dalam majlis-majlis keagamaan.

2. Moderator dan ahli panel forum perdana ehwal Islam yang dianjurkan oleh berbagai agensi.

3. Menjadi pembentang kertas-kertas kerja di dalam kursus-kursus yang berkaitan dengan pengurusan, undang-undang kekeluargaan Islam (Hak-Hak Ahli BAKAT yang dilindungi oleh Undang-Undang Awam dan Tentera), motivasi dan pengurusan jenazah.

4. Pemegang Tauliah Mengajar Agama Islam Wilayah Persekutuan dan Negeri Selangor.


BIDANG AL-QURAN

1. Johan Tilawah Al-Quran peringkat 4 Divisyen (2005, 2006 dan 2012)

2. Tempat Ketiga Tilawah Al-Quran peringkat Tentera Darat (2005 dan 2006)


BIDANG PENULISAN

1. Penulis sambilan di akhbar-akhbar utama dan majalah-majalah Islam seperti Berita Harian, Utusan Malaysia, Suara Masjid Negara, dan majalah-majalah terbitan JAKIM. Penulisan rencana di akhbar-akhbar ini sangat aktif pada tahun 1995-1997.

2. Menulis buku ‘Menuju Reda Ilahi’ setebal 328 halaman yang mengupas Perintah Ulung Panglima Tentera Darat yang ke-23 dan telah dilancar oleh Panglima Angkatan Tentera pada bulan Mei 2011. (Mohd Abdul Wahab Abdullah 2011, Tentera Darat Malaysia: Menuju Reda Ilahi, Kuala Lumpur, Cawangan Perisikan Tentera Darat)


BIDANG PENGACARAAN

1. Juru Acara Rasmi Angkatan Tentera Malaysia di majlis-majlis rasmi Angkatan Tentera Malaysia yang melibatkan kehadiran pembesar-pembesar negara seperti Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, sultan-sultan dan sebagainya. Aktif menjadi juru acara rasmi ini semenjak tahun 2003.

2. Fasilitator tetap kursus-kursus pengacaraan di dalam Angkatan Tentera Malaysia yang telah dianjurkan.

3. Penyampai di dalam majlis-majlis kejohanan sukan dan ekspo yang dianjurkan oleh perkhidmatan ATM dan agensi awam.



BIDANG SUKAN DAN REKREASI

1. Mewakili kontinjen KAGAT dalam pertandingan bola sepak.

2. Mewakili Kor Agama Angkatan Tentera dalam sukan boling semasa Kejohanan Sukan Antara Agensi-Agensi Agama Malaysia.

3. Dilantik sebagai ketua perbarisan semasa Kejohanan Sukan Antara Agensi-Agensi Agama Malaysia di Komplek Sukan Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.


ANUGERAH DAN PENGHORMATAN 


1. PINGAT PERKHIDMATAN AWAM PERTAMA (1988)

2. PINGAT PERKHIDMATAN AWAM KEDUA (1997)

3. PINGAT PERKHIDMATAN SETIA PERTAMA (2002)

4. PINGAT PERKHIDMATAN SETIA KEDUA (2005)

5. PINGAT JASA MALAYSIA (2006)

6. KESATRIA ANGKATAN TENTERA (2010)


PENGLIBATAN DALAM PERTUBUHAN BUKAN KERAJAAN (NGO) 

1. Mantan Pengarah Urusan dan Pemegang Amanah Yayasan Perantau Maahad Muhammadi (PERAMAH).

2. Vice President Queensland Malaysia Indonesia Bussiness Council (QMIBC) – Chapter Malaysia.


PENGLIBATAN DALAM PERKHIDMATAN HAJI DAN UMRAH 

1. Menjadi penceramah dan motivator kepada bakal jemaah haji dan umrah di dalam Angkatan Tentera Malaysia.

2. Dilantik sebagai Petugas Haji di bawah Tabung Haji untuk Musim Haji Tahun 2012.
Powered by Blogger.